Md Hasri Rajali, (2016) Sejarah pemikiran Jema’ah al-Quran Malaysia: suatu penilaian terhadap Risalah Siaran Iqra’ dari tahun 1993-an hingga tahun 1995-an. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (1). pp. 115-125. ISSN 2289-1706
|
PDF
243kB |
Official URL: http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-1/
Abstract
Abad ke-20 merupakan abad munculnya pelbagai pemikiran dan aliran dalam kalangan umat Islam. Hal ini disebabkan oleh tekanan Barat dalam pelbagai bentuk seperti cabaran Kolonialisme, Zionisme, Kristianisme dan Orientalisme. Ini telah mewujudkan budaya al-ghazw al-fikr atau penjajahan pemikiran dalam kalangan umat Islam. Malangnya, sebahagian sarjana Islam menyalah anggap bahawa idea-idea Barat seperti intelektualisme dan rasionalisme merupakan suatu penyakit besar kepada umat Islam. Padahal dasar intelektualisme dan rasionalisme itu sebenarnya sejak asalnya dibawa oleh Islam khususnya pada zaman Abbasiyah lagi. Buktinya, zaman Abbasiyah itu digelar sebagai zaman keemasan Islam sehinggakan ia menjadi pusat intelektualisme dan rasionalisme yang didatangi oleh sarjana seantero dunia. Oleh itu, kemunculan Jema’ah Al-Quran Malaysia (JAM) pada tahun 1995 sebenarnya berusaha untuk mengembalikan masyarakat Melayu Islam kembali berfikir seperti masyarakat yang gemilang pada zaman Abbasiyah dahulu. Dengan usaha pengembalian berfikir ini, wujudlah Siaran 'Iqra yang bertindak sebagai lidah rasmi JAM pada ketika itu. Malangnya, Siaran 'Iqra tidak dapat bertahan lama, lalu terkubur bersama-sama dengan
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penjajahan pemikiran; Intelektualisme; Rasionalisme; Jema'ah Al-Quran Malaysia; Siaran 'Iqra |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 10906 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Oct 2017 06:42 |
Last Modified: | 31 Oct 2017 00:49 |
Repository Staff Only: item control page