Zaman prasejarah di negeri Perlis dalam konteks arkeologi

Zuliskandar Ramli, and Muhammad Afiq Omar, and Muhammad Termizi Hasni, and Muhamad Shafiq Mohd Ali, (2016) Zaman prasejarah di negeri Perlis dalam konteks arkeologi. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (1). pp. 127-137. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
945kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-1/

Abstract

Perlis yang merupakan negeri yang terkecil di Malaysia mempunyai warisan penting dalam konteks zaman prasejarah yang boleh ditonjolkan sebagai salah satu produk arkeo-pelancongan dan masih belum didedahkan secara maksimum. Artikel ini cuba untuk mendedahkan tapak arkeologi dan artifak zaman prasejarah di Perlis yang secara tidak langsung mendedahkan kepentingan negeri Perlis dalam konteks perkembangan dan pergerakan manusia zaman prasejarah. Data arkeologi membuktikan bahawa Perlis sudah pun diduduki oleh manusia sejak 5000 hingga 10,000 tahun yang lalu. Jumpaan seperti alat batu ‘sumatralith’ membuktikan wujudnya budaya yang dinamakan kebudayaan ‘Hoabinhian’ di Perlis. Bukti masyarakat yang mengamalkan kebudayaan Neolitik juga banyak ditemui di gua-gua di sekitar Perlis dengan jumpaan artifak seperti tembikar tanah dan beliung kapak batu bergilap di samping jumpaan gelang batu. Gua-gua di Perlis terutamanya di kawasan bukit Chuping, Bukit Tegun Lembu, Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul telah digunakan sebagai tapak pengebumian masyarakat Neolitik berdasarkan jumpaan artifak yang selalunya berasosiasi dengan perkuburan masyarakat tersebut. Penemuan kalam semah ‘Votive tablet’ di Gua Berhala dan Gua Kurong Batang yang mempunyai imej Avaloketisvara dan Bodhisattva serta ayat-ayat suci Buddha menunjukkan bahawa Perlis juga menyumbang kepada perkembangan era proto-sejarah di Malaysia. Data arkeologi yang banyak di Perlis menunjukkan bahawa negeri Perlis suatu ketika dahulu merupakan laluan perdagangan dan jalan utama yang digunakan oleh masyarakat prasejarah yang kemudiannya berevolusi dan berkembang daripada sudut sosio-budaya, ekonomi, sains dan teknologi ketika zaman protosejarah.

Item Type:Article
Keywords:Hoabinhian; Neolitik; Zaman prasejarah; Bukit Tegun Lembu (Bukit Tengku Lembu)
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10907
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Oct 2017 06:45
Last Modified:31 Oct 2017 00:48

Repository Staff Only: item control page