Penggunaan pengaturcaraan gol 0-1 dalam penjadualan jururawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTMIZAN)

Nur Asyikin Hamdan, and Hazwani Che Ab Rahman, and Abdul Latif Samian, and Nazri Muslim, (2016) Penggunaan pengaturcaraan gol 0-1 dalam penjadualan jururawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTMIZAN). Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (2). pp. 3-11. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
496kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/jilid-4-bil-2/

Abstract

Penyelesaian yang sebaik mungkin bagi masalah penjadualan jururawat akan memberi kesan yang besar terhadap suasana kerja yang berkait rapat dengan kualiti penjagaan kesihatan dan melahirkan pekerja yang cekap. Oleh itu satu kaedah yang sistematik perlu dibentuk supaya proses penjadualan yang lebih adil dapat diperoleh oleh jururawat. Kajian ini membincangkan tentang pembinaan model bagi masalah penjadualan jururawat tersebut. Model ini menggunakan pendekatan pengaturcaraan gol 0-1. Model yang dibangunkan ini juga mempertimbangkan objektif hospital dan kehendak jururawat. Objektif hospital adalah memastikan perkhidmatan yang berterusan dan bersesuaian dengan bilangan jururawat. Manakala corak kerja yang dikehendaki oleh jururawat seperti mengelakkan pengasingan hari bertugas dan mengelakkan pengasingan hari berehat, dapat dipertimbangkan dalam penjadualan ini. Model PG ini diselesaikan dengan menggunakan perisian LINGO dan didapati memberikan hasil yang lebih baik berbanding kaedah yang diamalkan sekarang.

Item Type:Article
Keywords:Penjadualan; Jururawat; Perisian LINGO; Objektif hospital; Kehendak jururawat
Journal:Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu
ID Code:10908
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2017 04:19
Last Modified:10 Nov 2017 03:32

Repository Staff Only: item control page