Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun

Noor Aina Dani, and Syeril Patrisia Kining, (2016) Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (2). pp. 45-55. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
198kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-2/

Abstract

Peranan dialek Melayu Sabah sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan generasi muda etnik Kadazandusun telah mengubah fungsi bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti impak dialek Melayu Sabah dalam komunikasi seharian oleh sampel kajian dengan mengambil kira kata bahasa Melayu yang telah diserap kekal ke dalam kosa kata Kadazandusun, di samping faktor yang mempengaruhi perubahan penggunaan bahasa. Sejumlah 300 pelajar daripada empat universiti awam di Malaysia dipilih menjadi sampel kajian. Data kajian diperoleh daripada tinjauan yang menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa dialek Melayu Sabah lebih kerap digunakan oleh generasi muda etnik Kadazandusun dalam komunikasi seharian berbanding dengan bahasa ibunda. Walau bagaimanapun, sikap mereka terhadap dialek tersebut adalah sederhana tinggi. Penyelidik mendapati bahawa perkataan bahasa Melayu yang telah diserap ke dalam bahasa ibunda oleh sampel merangkumi peralatan, perasaan, dan objek baharu yang tiada dalam kosa kata Kadazandusun. Selain itu, faktor perubahan penggunaan bahasa dalam kalangan sampel yang paling dominan merupakan keperluan penggunaan bahasa mengikut peredaran masa.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu Sabah; Bahasa ibunda; Generasi muda; Etnik Kadazandusun; Teori perubahan bahasa
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10912
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2017 04:58
Last Modified:10 Nov 2017 03:51

Repository Staff Only: item control page