Perbandingan inventori vokal dialek Kelantan dan Negeri Sembilan

Nurliayana Zainal Abidin, and Adi Yasran Abdul Aziz, (2016) Perbandingan inventori vokal dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (2). pp. 73-81. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
289kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-2/

Abstract

Kajian ini memfokuskan perbandingan inventori vokal antara dialek Kelantan dan Negeri Sembilan. Kajian sebelum ini lebih menumpukan kepada kajian salah satu dialek sahaja tanpa membuat perbandingan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan inventori kedua-dua dialek yang dikaji yang dilihat dari segi fitur distingtif dan penyebaran kedudukan vokal-vokal tersebut. Teori yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah teori fonologi generatif. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian deskriptif dan kajian kepustakaan bagi mengenal pasti sistem bunyi vokal bagi kedua-dua dialek. Dapatan kajian mendapati bahawa pendapat tentang inventori vokal bagi dialek Kelantan adalah sama dengan Negeri Sembilan sama ada daripada pengkaji fonologi dan juga pengkaji fonologi generatif. Dialek Kelantan mempunyai enam vokal iaitu /i/, /e/, /ǝ/, /o/, /u/ dan /a/. Namun, terdapatnya percanggahan pendapat tentang jumlah vokal dialek Negeri Sembilan. Pengkaji fonologi berpendapat hanya ada lima vokal dalam dialek itu iaitu vokal /ǝ/ tidak wujud dalam dialek Negeri Sembilan manakala ahli fonologi generatif berpendapat vokal /ǝ/ masih wujud dalam bentuk dalaman dalam perkataan dialek Negeri Sembilan.

Item Type:Article
Keywords:Fonologi; Perbandingan; Inventori vokal; Dialek Kelantan; Dialek Negeri Sembilan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10914
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2017 06:40
Last Modified:10 Nov 2017 03:56

Repository Staff Only: item control page