Perlindungan alam sekitar terhadap aspek kecuaian di bawah undang-undang Tort melalui mediasi ke arah pembangunan mampan di Malaysia

Muhammad Rizal Razman, and Mazlin Mokhtar, and Siti Naaishah Hambali, and Sharifah Zarina Syed Zakaria, and Zuliskandar Ramli, (2016) Perlindungan alam sekitar terhadap aspek kecuaian di bawah undang-undang Tort melalui mediasi ke arah pembangunan mampan di Malaysia. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (2). pp. 93-101. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
213kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-2/

Abstract

Undang-undang tort merupakan salah satu undang-undang persendirian yang memainkan peranan penting dalam perlindungan alam sekitar bagi mencapai pembangunan mampan. Undang-undang tort ini boleh dibahagi kepada beberapa bahagian termasuklah kecuaian, kacauganggu, pencerobohan dan tanggungan keras. Sehubungan dengan itu, kertas ini mengkaji undang-undang tort tumpuan kepada aspek kecuaian di dalam hal yang berkaitan dengan perlindungan alam sekitar ke arah pembangunan mampan. Kertas ini turut mengenal pasti kes dan tindakan yang berkaitan dengan perlindungan alam sekitar ke arah pembangunan mampan menerusi undang-undang tort tumpuan kepada aspek kecuaian di Malaysia. Akhir sekali, kertas ini juga membincangkan mengenai undang-undang yang tersebut di atas sebagai instrumen untuk perlindungan alam sekitar ke arah pembangunan mampan bukan hanya melalui proses tuntutan penyelesaian pertikaian di mahkamah sahaja tetapi di luar mahkamah seperti mediasi. Proses tuntutan penyelesaian pertikaian melalui mediasi agak luwes berbanding proses di mahkamah. Mediasi memberi penekanan kepada aspek komunikasi dan rundingan dalam mencari jalan penyelesaian pertikaian yang kompleks, yang mana, perkara ini adalah selaras dengan pembangunan mampan.

Item Type:Article
Keywords:Perlindungan alam sekitar; Undang-undang Tort; Mediasi; Pembangunan mampan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10916
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Nov 2017 06:50
Last Modified:10 Nov 2017 03:53

Repository Staff Only: item control page