Pengumpulan modal oleh orang Cina di Pulau Pinang (1820-1867): satu tinjauan dari aspek aset, potensi dan peluang

Tan, Soon Chin and Adnan Jusoh, (2016) Pengumpulan modal oleh orang Cina di Pulau Pinang (1820-1867): satu tinjauan dari aspek aset, potensi dan peluang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (2). pp. 111-118. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
224kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-2/

Abstract

Artikel ini memfokuskan kepada pengumpulan modal oleh orang Cina pada tempoh perkembangan pembangunan Pulau Pinang di bawah penguasaan British, 1820-1867. Faktor dari segi aspek aset diri dan kaum, potensi yang ditawarkan oleh aktiviti ekonomi kawasan dan peluang yang diperoleh serta rangkaian ekonomi yang diwujudkan dikemukakan di sini sebagai penyumbang kepada keupayaan tersebut. Menurut Porter dan Fiske (1935), modal merujuk kepada kekayaan fizikal. Namun perbincangan artikel ini melibatkan juga modal dalam bentuk modal insan dan bukan fizikal. Dibahaskan di sini sejauh mana setiap satu aspek dan secara kolektifnya membolehkan orang Cina di Pulau Pinang mengumpul modal, sama ada secara sah atau haram, melalui lapangan keluaran dan lapangan tukaran. Kepentingan penelitian ini adalah bagi menelusuri akar umbi kepada penguasaan bidang ekonomi masyarakat Cina di Malaysia amnya dan di Pulau Pinang khususnya. Pembuktian diperoleh dari rekod dan dokumen yang terdapat di perpustakaan, arkib dan rumah persatuan Cina. Penelitian ini menerapkan kaedah tafsiran sejarah dengan analisisnya menggunakan beberapa ilmu bantu sejarah. Hasil kajian mendapati aspek aset diri dan kaum sangat dominan, namun sumbangan aspek lain seperti potensi diri dan peluang yang wujud di sekitar Pulau Pinang juga penting dalam mengupayakan orang Cina Pulau Pinang mengumpul modal. Kejayaan Koh Lay Huan di Pulau Pinang bersama dengan rakan perniagaannya Khaw Soo Cheang di Ranong, misalnya dapat dikaitkan dengan faktor aset diri, potensi ekonomi setempat dan peluang yang diberikan oleh rakan perniagaan dan Raja Mongkut di Thailand. Manakala faktor potensi dan rangkaian aktiviti ekonomi terutamanya dalam pemajakan cukai, di samping peranan British telah memberikan peluang besar kepada orang Cina di Pulau Pinang untuk meningkatkan keupayaan mereka mengasaskan kejayaan dalam lapangan keluaran dan pertukaran yang berterusan.

Item Type:Article
Keywords:Pengumpulan modal; Orang Cina; Pulau Pinang; Aset; Potensi
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10918
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 01:03
Last Modified:10 Nov 2017 04:02

Repository Staff Only: item control page