Imperialisme linguistik, bahasa Negeri Sembilan dan jati diri: apa, mengapa, bagaimana

Idris Aman, and Norsimah Mat Awal, and Mohammad Fadzeli Jaafar, (2016) Imperialisme linguistik, bahasa Negeri Sembilan dan jati diri: apa, mengapa, bagaimana. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 3-11. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
240kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Telah diketahui umum bahawa masyarakat Negeri Sembilan dikatakan mengalami pengaruh budaya daripada luar, iaitu adat perpatih dari Minangkabau, Sumatera. Ekoran daripada itu, kini, wujud stereotaip dan salah faham tentang kaitan bahasa Minangkabau dengan bahasa Negeri Sembilan di kalangan masyarakat, seolah-olah berlaku gejala ‘imperialisme linguistik’. Mengambil perspektif know of what, why, and how makalah ini menerangkan konsep imperialisme linguistik, rasional konsep itu diuji terhadap bahasa Negeri Sembilan, dan kaedah ujian dilaksanakan, sebagai salah satu bahagian awal daripada sebuah projek penyelidikan fundamental dalam usaha membuktikan hipotesis bahawa walaupun daripada segi budaya, masyarakat Negeri Sembilan mengamalkan sistem sosial adat perpatih, tetapi daripada segi bahasa, masyarakat bahasa negeri tersebut tidak mengamalkan bahasa Minangkabau. Masyarakat bahasa Melayu Negeri Sembilan mempunyai identiti bahasa sendiri. Ini bermakna, walaupun budaya dan sistem sosial Minangkabau menguasai masyarakat Negeri Sembilan, tetapi tidak pada bahasanya atau dalam kata lain, bahasa Negeri Sembilan bebas imperialisme linguistik bahasa Minangkabau.

Item Type:Article
Keywords:Imperialisme linguistik; Bahasa Negeri Sembilan; Adat perpatih; Minangkabau; Jati diri
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10919
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 01:24
Last Modified:10 Nov 2017 04:03

Repository Staff Only: item control page