Manifestasi unsur interdiskursiviti wacana muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional

Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, and Zaitul Azma Zainon Hamzah, and Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok, and Nor Azwan Yaakon, (2016) Manifestasi unsur interdiskursiviti wacana muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 13-22. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
251kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Perbahasan terhadap keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun penelitian terhadap wacana muamalat masih belum dilakukan secara kritis bagi mengenal pasti praktis sosial muamalat dan cara wacana muamalat memperteguh praktis sosial tersebut. Justeru makalah ini bertujuan menjelaskan praktis wacana muamalat dengan tumpuan kepada unsur interdiskursiviti dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah Ihsan. Praktis sosial ini mempengaruhi praktis wacana muamalat khususnya daripada aspek interdiskursiviti. Hal ini terbukti apabila elemen interdiskursiviti menunjukkan wacana deskripsi lebih kerap digunakan berbanding jenis wacana yang lain. Kajian ini juga mendapati bahawa AWK berjaya membongkar pertalian dialektikal antara praktis sosial muamalat (Ihsan) dengan praktis wacana (interdiskursiviti).

Item Type:Article
Keywords:Wacana muamalat; Sistem ekonomi konvensional; Praktis sosial; Praktis wacana; Interdiskursiviti
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10920
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 01:27
Last Modified:10 Nov 2017 04:04

Repository Staff Only: item control page