Ma’rifatullah menurut Shaykh Hamzah Fansuri

Yusri Mohamad Ramli, and Mohd Syukri Yeoh Abdullah, (2016) Ma’rifatullah menurut Shaykh Hamzah Fansuri. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 41-47. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
239kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Awal agama adalah mengenal Allah. Mengenal Allah menjadi paksi dalam pendidikan akidah umat Islam sehingga ia sering dipesan oleh para ulama dalam karya-karya mereka termasuk Hamzah Fansuri. Artikel ini meneliti pandangan Hamzah Fansuri mengenai Ma’rifatullah daripada sudut kewajipannya dan juga asas-asasnya sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab keempat dalam karyanya, Sharab al-‘Ashiqin. Berdasarkan analisis kandungan, tulisan ini mendapati bahawa Hamzah Fansuri menyampaikan pesanannya mengenai kewajipan tersebut berasaskan ayat al-Quran dan petikan hadith dan melihat bahawa kewajipan Ma’rifatullah adalah berdasarkan kemampuan manusia masingmasing. Manakala asas terpenting dalam mengenal Allah ialah dengan mengenal siapakah Tuhan dan hubungannya dengan manusia. Hubungan tersebut dapat difahami dengan Sifat-sifat Allah yang utama termasuk Qadim, Khaliq, Baqi, Wujud dan sebagainya.

Item Type:Article
Keywords:Hamzah Fansuri; Ma’rifatullah; Tasawwuf; Islam di alam Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10922
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 01:35
Last Modified:10 Nov 2017 04:09

Repository Staff Only: item control page