Graf penomboran al-Quran

Hazwani Che Ab Rahman, and Nur Asyikin Hamdan, and Abdul Latif Samian, and Nazri Muslim, (2016) Graf penomboran al-Quran. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 49-56. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
672kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kehebatan penyusunan yang begitu teliti dan menakjubkan oleh Allah SWT daripada pandangan susunan matematik. Ilmu pengetahuan dalam al-Quran bukan terhad kepada pengetahuan tentang sesuatu perkara sahaja, tetapi meliputi keseluruhan pengetahuan yang ‘haq’ atau benar, dan diterima bersama oleh fitrah, akal, dan wahyu. Usaha yang dilakukan dalam kajian ilmiah ini menunjukkan ilmu dan keajaiban itu bukan hanya daripada pentafsiran ayat-ayatnya, malah cara penyusunan surah di dalam al-Quran, bilangan ayat dan turutan penurunan surah yang digunakan dalam membentuk keseluruhan isi al-Quran, mampu membentuk lakaran yang menarik di atas graf Cartesan. Panduan pengetahuan yang ‘haq’ ini apabila dihayati dengan sepenuhnya akan membawa manusia kepada keyakinan dan kebenaran mutlak. Kebenaran mutlak ini akan seterusnya membina tembok-tembok yang kukuh di dalam diri seseorang.

Item Type:Article
Keywords:Allah; Susunan al-Quran; Graf
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10923
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 01:39
Last Modified:10 Nov 2017 04:16

Repository Staff Only: item control page