Makna dalam puisi terpilih Usman Awang

Nur Amirah Che Soh, and Rohaidah Kamaruddin, (2016) Makna dalam puisi terpilih Usman Awang. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 57-64. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
206kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Semantik merupakan salah satu bidang kajian bahasa yang mengkaji makna dalam kepelbagaian penggunaan medium bahasa. Perbincangan makna ini merangkumi keseluruhan makna yang ingin disampaikan oleh penulis sama ada dihubung kait dengan situasi atau zaman sesuatu karya tersebut dihasilkan. Keterbatasan dalam penghasilan karya pada zaman negara masih terjajah menyebabkan golongan penulis lebih berhati-hati dalam pemilihan kata. Fungsi karya sastera juga sebagai wadah pendorong semangat juang bangsa Melayu pada ketika itu kerana makna yang suatu karya bukan pada dasarnya sahaja tetapi terkandung juga makna sebaliknya. Makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh Usman Awang dalam karyanya akan dibincangkan dalam makalah ini. Penghuraian makna bukan hanya terbatas pada bentuk leksikal tetapi konteks makna, maka puisi Usman Awang sebenarnya bukan sahaja mendukung makna dasar tetapi wujud makna sebaliknya yang cuba disampaikan oleh beliau secara halus. Makalah ini akan memanfaatkan empat buah puisi Usman Awang, iaitu Anjing Itu, Ayah Belum Pulang (Kisah Setelah Mogok),Keranda 152 dan Pak Utih.

Item Type:Article
Keywords:Puisi; Makna; Usman Awang; Semantik; Makna konteks
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10924
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 01:42
Last Modified:10 Nov 2017 04:08

Repository Staff Only: item control page