Pemaknaan kuasa dalam kepimpinan politik Melayu di Malaysia: suatu interpretasi sejarah

Ahamad Jama’ Amin Yang, and Mohd Samsudin, and Izuan Razali, (2016) Pemaknaan kuasa dalam kepimpinan politik Melayu di Malaysia: suatu interpretasi sejarah. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 65-78. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Kuasa dalam politik Melayu sering dilihat dalam konteks amanah dan tanggungjawab orang yang memimpin kepada yang dipimpin. Pandangan tersebut membawa makna kuasa yang begitu sempurna dan holistik konsep, prinsip dan nilainya terutama kesan daripada pengaruh Islam dalam struktural sosiopolitik Melayu. Bagaimanapun, perkembangan sosialisasi dan modenisasi pasca kolonial dalam pemikiran Melayu telah membawa pemaknaan kuasa politik Melayu cenderung kepada spekulasi dan manipulasi. Keadaan ini secara langsung telah memecahkan pemaknaan kuasa yang difahami secara tradisi sebelum ini yang berteraskan pemusatan top down. Pemaknaan kuasa mula beralih dan cenderung kepada exceptionalism (politics of exception) seperti mana yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Eropah pasca zaman reformasi dan ia menular dalam kepimpinan politik Melayu moden. Sehubungan itu, artikel ini cuba membincangkan secara deskriptif persoalan yang menyentuh pemaknaan kuasa dalam kepimpinan politik Melayu di Malaysia dengan melihat latar sejarah sebagai mekanisme perkembangan dan perubahan tersebut. Pada masa yang sama juga, analisis perbincangan turut meliputi cabaran kepimpinan politik Melayu dalam menangani perubahan pemaknaan kuasa tersebut dalam struktur sosiopolitik Melayu di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kuasa; Melayu; Islam tradisi; Politics of exception
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10925
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 01:52
Last Modified:10 Nov 2017 04:10

Repository Staff Only: item control page