Analisis pengelompokan terhadap klasifikasi alat repeh Bukit Bunuh 2010

Siti Khairani Jalil, and Jeffrey Abdullah, and Mokhtar Saidin, (2016) Analisis pengelompokan terhadap klasifikasi alat repeh Bukit Bunuh 2010. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 79-85. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
566kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Analisis pengelompokan telah dilakukan ke atas alat repeh daripada tapak terbuka Bukit Bunuh iaitu Tapak BBH 2010, di Daerah Lenggong, Perak. Alat repeh ini dapat dibahagikan kepada jenis bergerigi, bertakik, berperimping dan bertirus berdasar kepada morfologi dan teknologi. Bagi mengetahui sejauh mana perbezaan antara jenis-jenis alat repeh tersebut daripada segi morfologi dan jenis perbezaan maka analisis pengelompokan telah dilakukan. Pemboleh ubah ukuran morfologi alat repeh telah digunakan dalam analisis ini. Hasil daripada analisis tersebut menunjukkan terdapat kesamaan dan perbezaan morfologi antara jenis alat repeh. Semakin banyak pemboleh ubah yang berbeza maka semakin jauh perbezaan jenis alat repeh. Alat repeh berperimping dan alat repeh bertakik mempunyai kesamaan yang banyak daripada segi morfologinya maka kedua-duanya mempunyai jarak kelompok yang dekat. Sementara alat repeh tirus pula mempunyai kesamaan dan perbezaan ukuran pemboleh ubah morfologi dengan alat repeh bertakik dan berperimping. Bagaimanapun, alat repeh bergerigi didapati kesemua ukuran pemboleh ubah morfologinya berbeza maka alat repeh tersebut mempunyai jarak kelompok yang jauh daripada kesemua jenis alat repeh. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa klasifikasi litik terutama alat repeh dengan berdasarkan kepada morfologi dan teknologi boleh diguna pakai disebabkan wujud perbezaan antara jenis alat repeh. Malah ini dapat membuktikan bahawa walaupun alat repeh di Asia Tenggara dikatakan bersifat amorfus tetapi ia sebenarnya masih terdapat perbezaan morfologi dan dapat dikelaskan.

Item Type:Article
Keywords:Pengelompokan; Alat repeh; Morfologi; Teknologi; Amorfus
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10926
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 02:00
Last Modified:10 Nov 2017 04:15

Repository Staff Only: item control page