Apa sainsnya petua, azimat dan nujum?

Muhamad Shafiq Mohd Ali, (2016) Apa sainsnya petua, azimat dan nujum? Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 97-101. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
183kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Masyarakat Melayu sekian lama telah didendangkan dengan segala ilmu lama daripada nenek moyang mereka. Ilmu orang-orang Melayu ini dizahirkan dalam bentuk petua, azimat, bernujum dan banyak lagi yang dianggap sebagai suatu yang kolot, tidak rasional dan tidak mempunyai nilai sains. Penjajahan Tanah Melayu oleh Portugis, Belanda dan Inggeris telah menjadi pencetus kepada budaya ilmu berorientasi barat dalam kalangan orang Melayu. Inggeris sebagai contoh telah membuka sedikit ruang kepada golongan elit Melayu mengikuti pengajian beroriantasikan Barat, secara tidak langsung telah mula mengubah persepsi masyarakat Melayu terhadap ilmu tradisional Melayu serta mereka ini mula menilai semula ilmu tradisional Melayu berasaskan nilai baru yang dipelajari. Dalam makalah ini diperjelaskan aspek-aspek sains dan teknologi amnya dan matematik khususnya dalam ilmu petua, nujum dan azimat. Aspek ini bukanlah hanya kerana mahu memadankan ilmu ini dengan ilmu sains sekarang tetapi mahu penyelidik sekarang melihat ilmu ini daripada sisi dan sudut yang berlainan. Aspek sains dan matematik yang dapat dilihat adalah seperti pengiraan hari dalam pembinaan rumah, pemberian nama anak berdasarkan tarikh lahirnya dan pengiraan bintang-bintang disentuh dalam makalah ini.

Item Type:Article
Keywords:Petua; Azimat; Nujum; Kosmologi; Etnosains; Matematik; Manuskrip
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10928
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 02:06
Last Modified:10 Nov 2017 04:07

Repository Staff Only: item control page