Perubahan kepimpinan penghulu di daerah Muar Tahun 1862 - 1940

Khalid Jusoh, and Teo, Kok Seong and Mohd Samsudin, (2016) Perubahan kepimpinan penghulu di daerah Muar Tahun 1862 - 1940. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 4 (3). pp. 103-114. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
665kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/en/volume-4-no-3/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai perubahan kepimpinan penghulu di negeri Johor daripada tahun 1862 sehingga 1940 iaitu selama 78 tahun. Kajian tertumpu kepada tempoh kepimpinan penghulu pada zaman sebelum merdeka. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif serta dibantu dengan temu bual terhadap tokoh-tokoh yang terlibat dalam sistem pentadbiran penghulu. Kajian ini menumpu pada penilaian perubahan kepimpinan penghulu dalam dua tujuan utama. Pertama, mengkaji tentang perubahan yang berlaku sebelum dan selepas penyerahan daerah Muar kepada Maharaja Abu Bakar pada tahun 1879 dan perkembangan institusi penghulu selepas pembukaan bandar Maharani pada tahun 1884. Kedua, mengkaji perubahan dan perkembangan institusi penghulu sekitar tahun 1900 sehingga 1940 selaras dengan perkembangan institusi penghulu itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan secara keseluruhannya ialah tinggi. Sungguh pun sering mengalami perubahan dan cabaran, institusi penghulu masih dapat dikekalkan kewujudannya atau dengan erti kata sebenarnya peranan penghulu sentiasa diperlukan oleh anak buahnya sebagai tempat rujukan dalam pelbagai aspek kehidupan demi memenuhi mutu hidup masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan penghulu; Zaman sebelum merdeka
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:10929
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Nov 2017 02:10
Last Modified:10 Nov 2017 04:05

Repository Staff Only: item control page