Pandangan pelajar Universiti Malaya dan pelajar Universitas Pendidikan Indonesia Bandung tentang isu sosial semasa: satu perbandingan

Vishalache Balakrishnan, (2016) Pandangan pelajar Universiti Malaya dan pelajar Universitas Pendidikan Indonesia Bandung tentang isu sosial semasa: satu perbandingan. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 8 (1). pp. 1-12. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
173kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/921

Abstract

Isi sosial remaja global terus menjadi agenda perbincangan dan penyelidikan yang semakin penting. Kertas ini membincangkan isu-isu sosial/moral semasa yang disuarakan oleh pelajar Universiti Malaya (UM) di Fakulti Pendidikan dan pelajar Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung. Dalam menggunakan kaedah participatory action research (PAR), pelajar daripada kedua-dua universiti telah menulis isu sosial/moral yang mereka tahu atau alami dan kemudiannya membincangkan punca terjadinya isu tersebut. Kaedah ini mengaplikasikan perbincangan menggunakan dilemma kehidupan sebenar (Vishalache, 2012). Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk membuat satu perbandingan di antara isu-isu sosial khasnya dalam kalangan remaja Universiti Malaya (UM) di Malaysia dan remaja di Universitias Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung. Seramai 15 pelajar UM dan 15 pelajar UPI terlibat dalam kajian ini iaitu termasuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Responden pelajar UM yang terlibat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Responden pelajar UPI yang terlibat semuanya adalah Melayu Jawa dan beragama Islam. Di antara isu moral yang diutarakan ialah pergaulaan bebas, seks bebas dan isu kurang sopan dalam kalangan remaja. Mereka mencadangkan ibu bapa diberikan kursus mendidik anak-anak dan sekolah memainkan peranan yang lebih aktif dalam mengatasi isu sosial dalam kalangan remaja.

Item Type:Article
Keywords:Mahasiswa; Universiti Malaya; Universitas Pendidikan Indonesia Bandung; Sosial; Moral
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:10995
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2017 04:28
Last Modified:24 Nov 2017 00:13

Repository Staff Only: item control page