Masalah plagiarisme dan amalan penggunaan turnitin dalam kalangan pelajar siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia

Noraini Talib, (2016) Masalah plagiarisme dan amalan penggunaan turnitin dalam kalangan pelajar siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 8 (2). pp. 1-15. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
368kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/929

Abstract

Plagiarisme dalam kalangan pelajar-pelajar siswazah dikaji dari sudut domain pembelajaran dan tingkah laku mereka semasa menggunakan perisian Turnitin. Kajian kes telah digunakan dengan menemu bual 40 orang pelajar siswazah dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Temu bual yang dijalankan menggunakan protokol tidak berstruktur namun bersandarkan kepada domain-domain pembelajaran iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Dapatan kajian mendapati penulisan akademik yang asli memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi, pengetahuan yang jelas tentang maksud plagiarisme dan kesedaran integriti akademik dalam kalangan pelajar. Seterusnya, kajian ini mencadangkan agar pembinaan modul pengajaran berkaitan penulisan akademik dibina menggunakan panduan daripada dapatan yang diperoleh iaitu keterangan tingkah laku pelajar bagi setiap domain pembelajaran sebagai pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri yang boleh digunakan oleh pelajar untuk meningkatkan kemahiran penulisan mereka.

Item Type:Article
Keywords:Plagiarisme; Turnitin; Pengajaran dan pembelajaran; Kemahiran berfikir kritis
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:10996
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Nov 2017 04:51
Last Modified:24 Nov 2017 00:14

Repository Staff Only: item control page