Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran

Rohani Arbaa, and Hazri Jamil, and Mohammad Zohir Ahmad, (2017) Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (1). pp. 1-11. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
353kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/981

Abstract

Makalah ini mengemukakan Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 yang telah dibangunkan hasil kajian kes melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap empat orang guru yang melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar. Analisis tematik secara deduktif dan induktif dilakukan terhadap data yang diperoleh bagi mengenalpasti tema-tema penting berkaitan teknik pengajaran yang digunakan guru untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 semasa PdP dijalankan. Tema-tema ini kemudiannya dibentang dan dipersetujui di dalam sesi ‘debriefing’ yang dihadiri empat orang pengkaji yang lain. Dapatan kajian menunjukkan elemen utama yang menentukan kejayaan penerapan kemahiran abad ke-21 ini adalah kearifan profesional guru. Kearifan profesional guru merupakan integrasi pengetahuan praktikal guru dalam melaksanakan aktiviti PdP dengan pengetahuan konteks di mana mereka berada, yang diperhalusi melalui amalan refleksi yang berterusan. Bersandarkan kearifan profesional yang dimiliki, penerapan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar dapat dilakukan apabila guru dapat mengintegrasikan kaedah pengajaran yang merangkumi pembelajaran koperatif, bilik darjah demokratik dan teknik motivasi yang bersesuaian. Pembelajaran koperatif akan menjadi lebih berjaya apabila guru turut mengamalkan ciri bilik darjah demokratik yang menekankan konsep kesamaan peluang, kebebasan bersuara serta perkongsian kuasa antara guru dan pelajar. Aktiviti PdP sebegini akan mampu meningkatkan motivasi dan keterlibatan pelajar di dalam bilik darjah dan sekaligus membina kemahiran yang diperlukan bagi mendepani cabaran abad ke-21.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran abad ke-21; Kearifan profesional guru; Pembelajaran koperatif; Bilik darjah demokratik; Motivasi
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:11046
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Nov 2017 03:46
Last Modified:27 Nov 2017 06:27

Repository Staff Only: item control page