Pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan murid sekolah rendah

Hanifah Mahat, and Mohmadisa Hashim, and Yazid Saleh, and Nasir Nayan, and Saiyidatina Balkhis Norkhaidi, (2017) Pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (1). pp. 41-49. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/981

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran amalan hijau dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 423 orang murid (berumur 10 hingga 12 tahun) di sepuluh buah sekolah rendah di daerah Batang Padang, Perak. Pemilihan sekolah berdasarkan pensampelan kluster dan pemilihan responden menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Pemboleh ubah amalan hijau yang dikaji adalah pengetahuan amalan hijau dan amalan hijau. Pemboleh ubah pengetahuan terdiri daripada empat sub pemboleh ubah, iaitu pengetahuan penjimatan tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air, pengetahuan menjaga alam sekitar dan pengetahuan amalan Recycle, Reduce, Reuse (3R). Sub pemboleh ubah amalan hijau terdiri daripada amalan penjimatan tenaga elektrik, amalan penjimatan air, amalan menjaga alam sekitar dan amalan 3R. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan amalan hijau murid adalah tinggi. Sebaliknya, tahap pemboleh ubah amalan hijau, bagi keempat-empat sub pemboleh ubah (amalan penjimatan elektrik, amalan penjimatan air, amalan penjagaan alam sekitar dan amalan 3R) adalah berada pada tahap sederhana. Analisis hubungan antara pemboleh ubah kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara pengetahuan penjimatan tenaga elektrik, pengetahuan penjimatan air dan pengetahuan amalan 3R dengan amalan penjimatan tenaga elektrik dan amalan 3R. Hal ini membuktikan tidak semua pengetahuan memberi hubungan terhadap amalan penjimatan. Dapatan kajian ini membimbangkan jika tidak ada usaha penerusan yang konsisten untuk menerapkan kesedaran amalan hijau. Malah pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat juga turut terlibat memberi contoh teladan amalan hijau yang betul khususnya dalam konteks penjimatan tenaga, penjimatan air dan amalan 3R.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan amalan hijau; Amalan hijau; Kesedaran amalan hijau; Murid; Sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:11049
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Nov 2017 03:56
Last Modified:27 Nov 2017 06:32

Repository Staff Only: item control page