Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu

Abdul Rasid Jamian, and Martini Misdon, and Azhar Md. Sabil, (2017) Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (1). pp. 51-59. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
285kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/981

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis keberkesanan penggunaan lapan peta pemikiran i-Think dalam pemahaman KOMSAS bagi genre novel. Kajian ini melibatkan sebanyak 60 orang murid Tingkatan Empat daripada dua buah kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, di Serdang, Selangor. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen bagi melihat pencapaian murid dalam pemahaman KOMSAS. Instrumen yang digunakan bagi soalan praujian dan pascaujian ialah enam soalan novel yang bertajuk PAPA (akhirnya kau tewas jua!). Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Pemerolehan data telah dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu melibatkan ujian t, min dan sisihan piawai. Hasil daripada analisis ujian t dalam pascaujian, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pencapaian pemahaman KOMSAS Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Eksperimen, t (58) = 2.189, p = 0.033 (signifikan jika p < 0.05). Walaupun peningkatan skornya adalah sederhana namun, penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan pencapaian murid dalam pemahaman KOMSAS. Selain itu, dapatan juga menunjukkan adanya peningkatan dalam skor pascaujian berbanding praujian bagi Kumpulan Eksperimen, iaitu t (29) = -14.194 dan p = 0.000 (signifikan jika p < 0.05). Dapatan yang seterusnya dilihat daripada analisis ujian-t dalam pascaujian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian murid bukan Melayu dalam pemahaman KOMSAS antara Kumpulan Eksperimen dengan Kumpulan Kawalan, iaitu t (41) = 2.929 dan p = 0.006, (signifikan jika p < 0.05). Hasil kajian menunjukkan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think yang digunakan dalam proses PdP memudahkan murid memahami jalan cerita sesebuah novel yang dipelajari dan menggalakkan proses Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penggunaan kaedah ini telah meningkatkan pemahaman murid terhadap elemen sastera dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Oleh itu, murid dapat menguasai hasil pembelajaran Bahasa Melayu dan KBAT dengan lebih berkesan sekaligus meningkatkan motivasi diri untuk terus mempelajari KOMSAS.

Item Type:Article
Keywords:KOMSAS; Peta pemikiran; Kemahiran berfikir aras tinggi; Teks novel
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:11050
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Nov 2017 04:00
Last Modified:27 Nov 2017 06:28

Repository Staff Only: item control page