Kemahiran generik dan pencapaian akademik dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kamarul Md. Shah, and Farah Mukhtar, and Hasnah Abdullah, and Manoriza Abdul Malek, and Zairiniah Mohd. Shukur, (2017) Kemahiran generik dan pencapaian akademik dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (1). pp. 69-75. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
266kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/981

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran generik dalam kalangan guru pelatih di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Seramai 104 orang guru pelatih semester akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang telah diadaptasi dari soal selidik kemahiran generik yang telah dibina oleh SCANS (2001), Mohd Sattar (2009), Kamarudin (2010), Kemahiran Insaniah (KPTM 2006) dan Rangka Kerja Kualiti Malaysia – MQA (2005). Antara pemboleh ubah yang dikaji ialah: (1) kemahiran komunikasi, (2) kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, (3) kemahiran kerja berpasukan, (4) pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, (5) kemahiran kepimpinan, (6) moral dan etika dan (7) kemahiran keusahawanan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik guru-guru pelatih adalah berada pada tahap sangat baik. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kemahiran generik dan pencapaian akademik guru pelatih. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran generik dan faktor jantina sebaliknya pula tiada perbezaan yang signifikan antara kemahiran generik dan faktor kaum. Kesimpulannya, kepentingan kerja berpasukan, kesediaan mengambil tanggungjawab dan pembelajaran secara kolaboratif merupakan antara aspek penting untuk pembelajaran yang berkesan dalam konteks ini yang perlu difikirkan oleh tenaga pengajar. Akhir sekali, kajian ini mencadangan beberapa inisiatif yang boleh dilakukan khususnya yang berkaitan dengan kemahiran generik untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran generik; Guru pelatih; Pencapaian akademik
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:11052
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Nov 2017 04:08
Last Modified:27 Nov 2017 06:25

Repository Staff Only: item control page