Nor Aziawati Azahari, and Sarani Zakaria, and Hatika Kaco, and Gan, Sin Yee and Chin, Hua Chia and Sharifah Nabihah Syed Jaafar, and Mohd Shaiful Sajab, (2017) Membran selulosa kenaf terjana semula daripada larutan akues NaOH/urea yang digumpal menggunakan asid sulfurik. Sains Malaysiana, 46 (5). pp. 795-801. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num5_2...
Abstract
Membran selulosa terjana semula (MS) daripada pulpa teras kenaf telah berjaya dihasilkan menggunakan kaedah pra penyejukan dan digumpal menggunakan larutan asid sulfurik. MS disediakan daripada pelarutan selulosa kenaf dalam larutan akues NaOH/urea dan larutan selulosa seterusnya digumpal dengan H2SO4 pada kepekatan 5-12 peratus berat (% bt.) selama 1-10 min. Pengaruh kepekatan penggumpal H2SO4 dan masa penggumpalan ke atas struktur, saiz liang, sifat mekanik dan ketelusan cahaya MS telah dikaji menggunakan pembelauan sinar-X (XRD), imbasan mikroskop elektron tekanan boleh ubah (VPSEM), penguji regangan dan spektrofotometer ultra-violet sinar tampak (UV-vis). Keputusan VPSEM menunjukkan perubahan saiz liang membran bergantung kepada kepekatan larutan penggumpal H2SO4, manakala masa penggumpalan tidak mempengaruhi saiz liang membran. Membran yang direndam dengan larutan penggumpal pada kepekatan 10 % bt. dan masa pembekuan yang sederhana iaitu 5 min menunjukkan sifat mekanik yang lebih baik dengan nilai kekuatan regangan masing-masing 41.9 dan 43.5 MPa. Oleh itu, kajian ini dapat memberikan maklumat mengenai penyediaan MS dengan pelbagai saiz liang dan sifat mekanik dengan pengubahsuaian kepekatan dan masa penggumpalan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Larutan akues NaOH/urea; Membran selulosa terjana semula; penggumpal; Pulpa teras kenaf; Sifat fizikal |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 11062 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Dec 2017 04:56 |
Last Modified: | 12 Dec 2017 05:19 |
Repository Staff Only: item control page