Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik

Mawar Safei, (2016) Autobiografi dalam Adat Perpatih dan undang-undang: perspektif Rindu Seorang Rafik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 1-15. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
229kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Bentuk penulisan autobiografi dalam sesebuah karya kreatif, antara lain dapat merapatkan jurang bacaan untuk lebih meraikan kesusasteraan dalam kalangan khalayak umum. Makalah ini menumpukan nukilan Nisah Haron yang menggembleng bentuk penulisan autobiografi dalam kumpulan cerpennya, Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve, 2011). Dua kecenderungan yang dimajukan dalam kumpulan ini adalah pertelingkahan yang berlaku dalam Adat Perpatih dan perbahasan berkaitan bidang undang-undang. Kedua-duanya disalin pengarang dari latar belakang keluarganya di Negeri Sembilan dan bidang pendidikan serta kerjaya yang pernah diikuti Nisah Haron. Beliau merupakan graduan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum bertugas di sebuah firma guaman dan kemudiannya mempunyai pejabat sendiri di kediamannya. Penemuan penelitian ini antaranya memperlihatkan bahawa sebagai pengarang kreatif, Nisah Haron masih banyak mempertimbangkan unsur imaginasi, kreativiti dan inovasi dalam gubahan cerpennya. Menerusi kumpulan ini didapati bahawa Nisah Haron menjadikannya sebagai satu lensa untuk melihat perihal pemahaman dan pelaksanaan Adat Perpatih dan undang-undang dalam masyarakat. Ia turut menampakkan kesan penyalinan “pernyataan kendiri” dalam kerangka autobiografi antaranya bagi menjelaskan isu adat atau undang-undang, pelestarian warisan serta makna sanak dan persaudaraan dalam Islam. Pernyataan kendiri itu rata-rata dijejaki menerusi metaforisnya binaan naratif atau lewat watak-watak atau subjek yang dibentangkan. Ia juga sebahagiannya terkesan dalam beberapa catatan proses kreatif yang dilampir atau bacaan tentang latar belakang pengarang. Kebanyakan watak perempuan yang diperagakan mewakili tuntutan dan falsafah matrilineal yang terhimpun dalam Adat Perpatih di samping ia sebagai satu langgam ketara kepengarangan Nisah Haron. Beliau memberikan ruang yang lumayan kepada watak-watak perempuannya bertindak dan membuat keputusan untuk kemaslahatan bersama.

Item Type:Article
Keywords:Adat Perpatih; Autobiografi; Nisah Haron; Sastera Melayu; Undang-undang; Perempuan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11072
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:13
Last Modified:12 Dec 2017 06:03

Repository Staff Only: item control page