Profil tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu

Kartini Abd Wahab, (2016) Profil tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 29-43. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
257kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk membincangkan kategori leksikon tumbuh-tumbuhan dan deskripsi profilnya dalam pantun Melayu. Penelitian juga bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan leksikal masyarakat tentang leksikon tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu. Untuk tujuan tersebut, analisis dilakukan ke atas 50 data pantun yang mengandungi unsur tumbuhan-tumbuhan yang diambil daripada teks Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu; manakala soal selidik pula dijalankan ke atas 30 responden dalam lingkungan umur 20-an hingga 30-an yang menetap di Bangi, Selangor, Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa pantun Melayu mendeskripsikan profil tumbuh-tumbuhan dari segi habitat, ciri botani, khasiat dan kegunaannya sebagai sumber makanan, perubatan dan ekonomi masyarakat. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis leksikon tumbuh-tumbuhan dalam pantun Melayu, yang tidak diketahui responden. Kesimpulannya, deskripsi profil tumbuh-tumbuhan dalam pantun menggambarkan hubungan antara leksikon tumbuhan-tumbuhan dan lingkungannya, khususnya dalam konteks tumbuhtumbuhan sebagai sumber alam semulajadi yang memenuhi keperluan biologi, ekonomi dan juga keperluan sosial masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Ekolinguistik; Lingkungan; Masyarakat Melayu; Pantun Melayu; Tumbuh-tumbuhan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11074
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:17
Last Modified:12 Dec 2017 06:10

Repository Staff Only: item control page