Nurul Shahida Jamil, and Maslida Yusof, and Karim Harun, (2016) Dieksis sosial dalam interaksi masyarakat Melayu Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 44-61. ISSN 2180-2491
|
PDF
268kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859
Abstract
Penggunaan kata aku, saya, kamu, engkau, dia, mereka dan awak adalah salah satu aspek deiksis sosial yang secara umumnya bermaksud pemilihan dan penggunaan kata nama yang bersesuaian bagi merujuk seseorang atau diri sendiri. Deiksis sosial sebahagiannya dibina melalui elemen deiksis orang. Justeru makalah ini bertujuan untuk menjelaskan dieksis sosial dalam interaksi yang berlaku dalam masyarakat Melayu Kedah khususnya di Kampung Kubang Lintah, mukim Lepai, daerah Kota Setar (DKKS). Pengumpulan data kajian ini adalah secara rakaman perbualan yang berlaku spontan. Informan merupakan penutur dialek Kedah. Kajian ini telah mengaplikasikan pendekatan kualitatif mengikut kerangka analisis deiksis seperti yang dikemukakan oleh Huang (2014). Kajian ini menunjukkan dieksis social berkait rapat dengan dieksis perorangan yang diungkapkan melalui kata ganti nama diri. Keperihalan keadaan seperti intonasi, keadaan peserta deiksis, matlamat pengucapan dan sebagainya merupakan rujukan yang terpenting yang dilihat antara sumbangan pembentukkan struktur dan makna kepada sesebuah elemen diektik yang diinterpretasikan. Implikasinya, DKKS yang merupakan subdialek Kedah dilihat mempamerkan elemen pemakaian deiksis yang tersendiri yang bukan sahaja cenderung dibina melalui bahasanya tetapi juga melibatkan konseptual yang lebih meluas. Hasil analisis membuktikan setiap penutur deiksis memainkan peranan sebagai penyumbang seperti mana yang diilustrasikan melalui pengujaran yang terhasil.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dieksis; Dieksis sosial; Interaksi; Kedah; Masyarakat Melayu |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 11075 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Dec 2017 00:20 |
Last Modified: | 12 Dec 2017 06:12 |
Repository Staff Only: item control page