Penggunaan bahasa Orang Asli Che Wong di Kuala Gandah

Sa’adiah Ma’alip, and Teo, Kok Seong (2016) Penggunaan bahasa Orang Asli Che Wong di Kuala Gandah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 62-78. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
313kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Kajian ini meneliti penggunaan bahasa masyarakat Orang Asli Che Wong. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana penggunaan bahasa CheWong dalam domain keluarga dan kekeluargaan mereka Suku kaum Che Wong merupakan suku kaum Orang Asli Senoi. Namun begitu masyarakat bahasa Che Wong mempunyai bilangan yang kecil. Kajian tertumpu di perkampungan Orang Asli Che Wong, Kuala Gandah. Analisis data tertumpu kepada penggunaan bahasa Che Wong dengan mengaplikasikan kaedah deskriptif iaitu menggunakan pendekatan analisis domain. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat bahasa Che Wong masih cenderung menggunakan bahasa mereka dalam berinteraksi walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar antara mereka dengan masyarakat setempat. Fenomena ini merupakan suatu yang positif kerana sesuatu bahasa terutamanya bahasa masyarakat minoriti akan dapat dikekalkan dengan adanya penggunaan yang aktif oleh mereka sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Che Wong; Orang Asli; Sosiolinguistik; Penggunaan bahasa; Peralihan dan pengekalan bahasa
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11076
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:23
Last Modified:12 Dec 2017 06:14

Repository Staff Only: item control page