Kepandaian Orang Melayu dalam mentafsir ruang perubatan tradisional

Yusmilayati Yunos, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Muammar Ghadaffi Hanafiah, and Mohd Norizam Jamian, (2016) Kepandaian Orang Melayu dalam mentafsir ruang perubatan tradisional. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 79-91. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Kepandaian orang Melayu dapat dilihat dalam pelbagai bidang ilmu dan salah satunya ilmu berkait pengubatan tradisional. Sumber pengubatan tadisional dalam bentuk dokumentasi dapat dilihat melalui teks-teks perubatan yang teridiri daripada Kitab Tib yang mengandungi pelbagai jenis penyakit, cara rawatan, bahan untuk penyembuhan dan pandangan dunia Melayu terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Kemahiran orang Melayu menguasai tulisan Jawi membolehkan orang Melayu membaca Kitab Tib dan dimanfaatkan, namun perlu berguru dengan orang yang menguasai bidang berkenaan. Antara tujuan penulisan ini ialah menjelaskan kepandaian orang Melayu memahami maksud tersirat yang dilakarkan dalam bentuk wafak (wifik) yang terdapat dalam kitab perubatan. Penulisan ini menggunakan Mujarrobat Melayu sebagai sumber data. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kaedah analisis kandungan digunakan. Bagi melengkapkan maklumat, temu bual secara mendalam dilakukan dengan pengamal pengubatan tradisional yang terdiri daripada dukun dan bidan kampung. Dapatan penulisan ini menunjukkan teks perubatan merakamkan pelbagai hal berkait kesihatan lelaki dan wanita yang menjadi satu sumber rujukan kepada pengamal pengubatan tradisional. Dalam jangka masa panjang masyarakat Melayu boleh memanfaatkan ilmu pengubatan tradisional yang sesuai sebagai satu cara pengubatan alternatif.

Item Type:Article
Keywords:Kepandaian; Kesihatan; Manfaat; Mujarrobat Melayu; Pengubatan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11077
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:27
Last Modified:12 Dec 2017 06:21

Repository Staff Only: item control page