Pemikiran belia Malaysia: pengaruh umur, etnisiti dan status ekonomi

Zulkifley Hamid, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2016) Pemikiran belia Malaysia: pengaruh umur, etnisiti dan status ekonomi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 92-102. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk membandingkan bentuk pemikiran belia yang berlainan tahap umur. Data kajian juga dapat menentukan pengaruh etnik terhadap bentuk pemikiran belia, dan juga dapat memperlihatkan pengaruh status ekonomi terhadap cara belia berfikir. Data kajian lapangan telah dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian telah dibentuk menggunakan Skala Likert. Kajian telah dilakukan di tiga kawasan iaitu Felda Trolak Selatan di Perak, Ramuan Cina di Melaka dan Bandar Baru Bangi di Selangor. 912 orang belia dari pelbagai tahap umur, etnik dan status ekonomi telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian jelas menunjukkan tahap umur mempengaruhi cara belia berfikir. Dapatan turut menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dalam bentuk pemikiran belia yang berlainan etnik. Data kajian juga menunjukkan cara belia berfikir adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan status ekonomi. Perbezaan pemikiran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor, khususnya pemboleh ubah-pemboleh ubah yang menjadi fokus dalam kajian ini. Dapatan kajian dapat memberikan petunjuk yang berguna kepada para perancang dan pelaksana program intervensi dan pemerkasaan belia di Malaysia. Belia yang datang dari latar belakang kehidupan yang berbeza harus menerima bentuk intervensi dan latihan pemerkasaan yang berbeza. Jika faktor tahap umur, etnik dan status ekonomi dapat dipertimbangkan dan diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai program yang melibatkan belia, taklimat dan latihan yang diberikan kepada mereka akan memberikan kesan yang jauh lebih baik. Perbezaan tahap umur, etnik dan status sosio ekonomi telah menyebabkan perbezaan cara berfikir dalam kalangan belia Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Etnisiti; Intervensi belia; Pemerkasaan belia; Pemikiran belia; Tahap umur; Status ekonomi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11078
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:30
Last Modified:12 Dec 2017 06:55

Repository Staff Only: item control page