Penerokaan bentuk keterikatan Melayu melalui ragam bahasa: perbandingan fonologi Melayu Sadong Sarawak dengan Melayu Semenanjung

Shahidi A.H., and Rahim Aman, and Ab. Samad Kechot, and Sharhaniza Othman, (2016) Penerokaan bentuk keterikatan Melayu melalui ragam bahasa: perbandingan fonologi Melayu Sadong Sarawak dengan Melayu Semenanjung. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 103-122. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
480kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Makalah ini bertujuan menyerlahkan keterikatan ragam bahasa antara Dialek Melayu Sarawak dengan dialek Melayu di semenanjung Malaysia, khususnya dari aspek fonologi. Keterikatan ini seterusnya dinilai berasaskan konsep kesepaduan dan keharmonisan ragam bahasa Melayu di Malaysia. Kaedah lapangan dan kepustakaan telah diaplikasikan bagi memperoleh data dan maklumat berkaitan ragam bahasa Melayu yang dituturkan di kawasan lembangan Sungai Sadong Sarawak serta Semenanjung Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dan data telah dihuraikan secara kaedah Linguistik Deskriptif. Kawasan penelitian merangkumi kampung-kampung Melayu di sepanjang lembangan Sungai Batang Sadong di Sarawak. Penelitian ke atas kosa ilmu kajian lepas menunjukkan bahawa fokus kajian terdahulu lebih tertumpu kepada Dialek Melayu Kuching, Dialek Melayu Saribas, dan Dialek Melayu Sibu. Varian dialek Melayu di lembangan Sadong dianggap sebagai cebisan Dialek Melayu Kuching. Terdapat juga pengkaji lepas (misalnya, Saidatul 2013, Madzhi 1988) yang menganggap bahawa Dialek Melayu Kuchinglah yang lebih dekat dan terikat dengan Bahasa Melayu. Namun demikian, dapatan awal pengkaji menunjukkan bahawa dialek Melayu di lembangan Sadong memiliki ciri linguistik yang tersendiri yang berbeza dengan Dialek Melayu Kuching, Melayu Saribas, mahupun Melayu Sibu. Selain itu, dialek Melayu Sadong menyerlahkan beberapa bentuk bukti kesejajaran fonologinya dengan beberapa dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Antara lain, kewujudan bentuk kelainan [], [] dan [] di akhir kata (masing-masing mirip kepada dialek Melayu Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan), penggunaan nasal alveolar menggantikan nasal velar di akhir kata yang mirip dialek Melayu Kedah, di samping elemen monoftongisasi. Justeru, di sebalik kewujudan unsur inovasi, ciri retensi bersama yang diperlihatkan antara dua varian dialek Melayu yang terpisah jauh oleh Laut Cina Selatan ini sangat mengagumkan. Unsur pengekalan ini menyerlahkan keutuhan perpaduan Melayu melalui bahasa. Kajian ini mampu memberi implikasi penting kepada pemetaan landskap dialek Melayu, di samping menyerlahkan indikasi signifikan kepada khazanah kosa ilmu budaya Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu; Fonologi; Perpaduan Melayu; Ragam bahasa; Retensi bersama
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11079
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:34
Last Modified:12 Dec 2017 06:53

Repository Staff Only: item control page