Ekonomi pengalaman dalam sektor gastronomi dari lensa komuniti setempat

Noor Alyani Nor Azazi, and Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, (2016) Ekonomi pengalaman dalam sektor gastronomi dari lensa komuniti setempat. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 137-155. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Gastronomi merupakan salah satu sektor dalam pelancongan yang kini mendominasi perkembangan ekonomi pengalaman. .Ekonomi pengalaman, yang diperkenalkan oleh Pine dan Gilmore (1998), mencadangkan bahawa pengguna mencari The Four Realms yang terdiri daripada empat unsur; pendidikan, hiburan, estetik dan kelainan semasa mendapatkan barangan atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun, bagaimana penduduk tempatan mengungkapkan ekonomi pengalaman dalam konteks sektor gastronomi masih tidak jelas walaupun lokasi mereka telah terkenal diiktiraf sebagai destinasi gastronomi. Artikel ini bertujuan untuk menilai prestasi pengalaman ekonomi dalam sektor gastronomi, terutaman di restoran dan kafe premis di Bandar Baru Bangi. Kawasan kajian ini dipilih kerana ia terkenal dan diiktiraf sebagai destinasi gastronomi bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga masyarakat luar. Hasil kajian diperolehi melalui pemerhatian di lapangan dan survei ke atas 382 responden yang terdiri daripada komuniti setempat di Bandar Baru Bangi menggunakan persampelan bertujuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman estetik dan kelainan lebih menonjol daripada pengalaman pendidikan dan hiburan. Penduduk merasakan bahawa premis gastronomi melibatkan banyak unsur pengalaman berbentuk fizikal dan langsung seperti menikmati hidangan autentik. Sebaliknya, pendidikan dan pengalaman hiburan kurang dirasakan dalam sektor ini, kerana ia melibatkan pengaruh penyerapan dalam minda pelanggan. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh usahawan sektor gastronomi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan, dan memposisikan sektor gastronomi sebagai ekonomi pengalaman yang dominan.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Baru Bangi; Ekonomi pengalaman; Komuniti; Perkhidmatan; Sektor gastronomi; The Four Realms
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11081
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:43
Last Modified:12 Dec 2017 06:17

Repository Staff Only: item control page