Meneroka edupelancongan di Melaka Bandaraya Warisan Dunia berasaskan pengalaman pelancong domestik

Sri Winarni Samsir, and Habibah Ahmad, and Er Ah Choy, and Hamzah Jusoh, and Mohd Fuad Mat Jali, (2016) Meneroka edupelancongan di Melaka Bandaraya Warisan Dunia berasaskan pengalaman pelancong domestik. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (11). pp. 156-167. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
185kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/859

Abstract

Melaka merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular, kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Tarikan-, tarikan- ini memberi peluang pembelajaran kepada para pelancong. Berasaskan kekuatan, Melaka sangat sesuai untuk meneroka edupelancongan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelancong domestik terhadap produk-produk pelancongan di Melaka yang memberikan nilai pendidikan kepada mereka. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan di Tapak Warisan Dunia Melaka. Sebanyak 176 borang soal selidik yang telah mendapat maklum balas daripada pelancong domestik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0. Skop soal selidik merangkumi bahagian A demografi, bahagian B corak perjalanan, bahagian C termasuk motivasi pelancongan, aktiviti pendidikan, pengalaman, produk pelancongan, dan bahagian D cadangan. Keputusan kajian mendapati pelancong mendapat faedah jangka masa pendek dan panjang semasa melancong. Para pelancong juga mendapat lebih pengalaman terhadap sejarah dan budaya berbanding dengan produk berasaskan alam semulajadi. Kesimpulannya, aktiviti dan produk pelancongan perlu dipelbagai, diperbaharui dan interaktif untuk menjamin pengalaman pembelajaran yang berharga.

Item Type:Article
Keywords:Edupelancongan; Elemen pendidikan; Faedah dan nilai; Persepsi pelancong; Produk
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11082
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 00:53
Last Modified:12 Dec 2017 06:16

Repository Staff Only: item control page