Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari

Siti Khatijah Zamhari, and Christopher Perumal, (2016) Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (12). pp. 10-24. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
175kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/874

Abstract

Ruang bandar seharusnya dibangunkan bagi memenuhi tuntutan kelestarian dan daya huni melalui pembentukan polisi bandar. Pertambahan penduduk disertai dengan proses pembandaran dilihat memberi tekanan kepada alam sekitar. Penggunaan penduduk bukan lagi tertakluk kepada keperluan tetapi lebih kepada memenuhi kehendak. Lantaran daripada itu, trend penggunaan masyarakat dilihat kian berubah dan ini memerlukan suatu penelitian mengapa trend tersebut berlaku. Trend penggunaan yang berubah ini dilihat sebagai satu cabaran dalam membentuk komuniti lestari. Oleh itu, makalah ini dihasilkan untuk mengenalpasti cabaran dan strategi dalam membentuk komuniti lestari. Pendekatan kualitiatif digunakan dalam menghasilkan makalah ini dengan menggunakan data sekunder melalui analisis kandungan. Trend penggunaan, kurangnya didikan formal serta masalah pentadbiran pihak berkuasa tempatan merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dalam membentuk komuniti lestari. Pengukuhan undang-undang serta pembinaan keupayaan komuniti adalah antara strategi yang perlu giat dijalankan sebagai usaha untuk membentuk komuniti lestari. Tanggugjawab untuk membentuk komuniti lestari ini tidak hanya digalas oleh pihak kerajaan semata-mata tetapi memerlukan usaha dan kerjasama pelbagai pihak.

Item Type:Article
Keywords:Komuniti lestari; Trend penggunaan; Pendidikan formal; Pengurusan sisa pepejal; Pembinaan keupayaan, undang-undang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11086
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 01:21
Last Modified:12 Dec 2017 06:59

Repository Staff Only: item control page