Pendekatan strategik dalam pelancongan pendidikan di destinasi ekopelancongan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Siti Kasmera Ariffin, and Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, and Mohd Ekhwan Toriman, and Sri Winarni Samsir, and Mushrifah Idris, (2016) Pendekatan strategik dalam pelancongan pendidikan di destinasi ekopelancongan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (12). pp. 25-39. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
237kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/874

Abstract

Pelancongan pendidikan melibatkan perjalanan ke sesuatu lokasi oleh sekumpulan individu untuk tujuan membina pengalaman secara terus. Pihak berkepentingan utama yang mempunyai kaitan secara langsung dalam melaksanakan aktiviti pelancongan pendidikan adalah dari badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan institusi swasta, komuniti tempatan serta institusi pendidikan. Makalah ini membincangkan dua objektif utama. Objektif pertama adalah mengenal pasti konsep-konsep asas pembangunan ekopelancongan. Objektif kedua ialah mengenal pasti pendekatan strategik pihak berkepentingan dalam memberi kesan positif kepada golongan pelawat di destinasi ekopelancongan. Analisis kandungan digunakan dalam menilai pendekatan pelancongan pendidikan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Hasil kajian mendapati pihak berkepentingan menjamin pengalaman pembelajaran melalui pelbagai pendekatan insitu dan menjalin hubungan baik antara pelancong dan tuan rumah. Kesimpulannya kesemua agensi mengamalkan integrasi pembelajaran sambil beriadah, serta menjalankan aktiviti motivasi diri bagi menarik minat pelancong ke destinasi.

Item Type:Article
Keywords:Badan kerajaan; Ekopelancongan; Komuniti tempatan; Pelancongan pendidikan; Pembelajaran; Pihak berkepentingan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11087
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 01:34
Last Modified:12 Dec 2017 07:09

Repository Staff Only: item control page