Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu

Mazdi Marzuki, and Rosmiza M.Z, and Jabil Mapjabil, and Nur Kalsom Md Isa, (2016) Memperkasakan usahawan van dalam pengangkutan awam luar bandar di Hulu Terengganu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (12). pp. 63-76. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
267kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/874

Abstract

Di kawasan luar bandar, pengangkutan awam merupakan keperluan penting kepada penduduk khususnya kepada golongan yang tidak mempunyai pengangkutan persendirian. Namun begitu, setelah hampir 60 tahun kemerdekaan, perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan. Pihak berwajib pula seolah-olah lepas tangan kepada pengusaha individu untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan cadangan bagi memperkasakan lagi usahawan van sebagai perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Kajian dilakukan di Hulu Terengganu iaitu salah sebuah daerah di Negeri Terengganu. Seramai 146 orang responden yang terdiri daripada pengguna di kawasan luar bandar di Hulu Terengganu terlibat dalam penyelidikan ini. Persepsi pengguna berkaitan dengan kualiti pengangkutan van yang beroperasi di kawasan ini dinilai berdasarkan operasi perkhidmatan, kecekapan, pemanduan, ketersampaian, keselesaan, keboleharapan, keselamatan, kos dan kemudahan di terminal. Melalui hasil kajian beberapa cadangan dikemukakan untuk memperkasakan perkhidmatan pengangkutan van di kawasan kajian.

Item Type:Article
Keywords:Imej pengangkutan awam; Keselesaan; Luar bandar; Memperkasa; Pengangkutan awam; Usahawan van
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11090
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 01:46
Last Modified:12 Dec 2017 07:15

Repository Staff Only: item control page