Analisis keperluan pembangunan pusat transformasi luar bandar (RTC) Terengganu

Ibrahim Mamat, and Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang, and Nor Hayati Sa’at, (2016) Analisis keperluan pembangunan pusat transformasi luar bandar (RTC) Terengganu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (12). pp. 77-87. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
243kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/874

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keperluan penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pusat Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Center (RTC) Terengganu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Data kualitatif pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati majoriti responden memerlukan pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Didapati juga ada dalam kalangan responden mengatakan RTC perlu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Di samping itu, temubual dengan pelanggan dan kakitangan agensi kerajaan di RTC pula mendapati pelaksanaan inisiatif perkhidmatan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, aktiviti zon agro istimewa dan aktiviti promosi berada pada tahap rendah dan memerlukan perhatian yang sewajarnya. Manakala perbincangan kumpulan sasar seperti penyewa, pekerja dan penduduk sekitar, pemimpin tempatan dan anak syarikat Ketengah mendapati mereka menghadapi isu tempatan dan memerlukan tindakan penyelesaian daripada pihak Ketengah.

Item Type:Article
Keywords:Transformasi luar bandar; Keperluan pembangunan; Pusat Transformasi Luar Bandar; Penduduk luar bandar; Pembangunan luar bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11091
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 01:49
Last Modified:12 Dec 2017 07:13

Repository Staff Only: item control page