Aset kampus sebagai tarikan edupelancongan UKM Kampus Bangi

Ng, Sheue Li and Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, (2016) Aset kampus sebagai tarikan edupelancongan UKM Kampus Bangi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (12). pp. 113-128. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
253kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/874

Abstract

Edupelancongan yang menitikberatkan pembangunan aset sedia ada di kawasan kampus merupakan usaha yang harus dipentingkatkan terutamanya apabila Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah melancarkan Edutourism Pakej 101 pada Ogos 2015. Kampus UKM Bangi juga sedang merancang untuk melancarkan edupelancongan dalam kampus dengan menggunakan aset sedia ada sebagai tarikan pelancongan kepada pengunjung luar. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana aset kampus mampu dijadikan sebagai salah satu tarikan edupelancongan di kampus UKM Bangi. Kajian ini menggunakan data sekunder dan data primer daripada soal selidik yang dijalankan dalam kalangan komuniti staf dan komuniti pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti staf dan pelajar bersepakat dalam mengenal tempat-tempat di UKM yang berpotensi dijadikan edupelancongan, dengan min purata paling tinggi iaitu 4.20 dan 4.04 masing-masingnya. Melalui kajian ini, aset kampus yang sedia ada di UKM Bangi mempunyai potensi yang tinggi untuk dijadikan sebagai tarikan di kampus UKM Bangi.

Item Type:Article
Keywords:Aset kampus; Edupelancongan; Pendidikan pelancongan; Produk; Pengurusan; Staf universiti
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:11094
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Dec 2017 03:08
Last Modified:12 Dec 2017 07:05

Repository Staff Only: item control page