Pencirian sifat kimia bahan tanah pada cerun gagal di sepanjang jalan Ranau-Tambunan, Sabah, Malaysia

Noran Nabilla Nor Azlan, and Norbert Simon, and Azimah Hussin, and Rodeano Roslee, and Lee, Khai Ern (2017) Pencirian sifat kimia bahan tanah pada cerun gagal di sepanjang jalan Ranau-Tambunan, Sabah, Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (6). pp. 867-877. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil6_2...

Abstract

Kawasan kajian yang terletak di kawasan pergunungan pantai barat Sabah sering dikaitkan dengan kejadian tanah runtuh dan kegagalan cerun. Secara geologi, kawasan di sepanjang jalan raya Ranau-Tambunan (RTM) terdiri daripada cerun potongan batuan sedimen arenit daripada Formasi Crocker dan metasedimen argilit daripada Formasi Trusmadi yang telah terluluhawa serta beberapa bahagian yang terdiri daripada endapan Aluvium Kuartener. Pencirian sifat kimia ke atas bahan cerun tanah yang gagal di kawasan tropika, terutama sekali di kawasan kajian jarang dilakukan. Pencirian ini adalah penting kerana bukan ciri fizikal bahan cerun sahaja yang mempengaruhi kejadian tanah runtuh. Oleh itu, kajian ini memberi perhatian utama kepada pencirian sifat kimia dan mineralogi lempung telah dilakukan ke atas cerun-cerun yang gagal di kawasan kajian. Bagi mencapai objektif kajian ini, sebanyak 12 sampel tanah cerun gagal yang terdiri daripada luluhawa gred VI diuji. Analisis inventori cerun gagal menunjukkan terdapat 10 kegagalan cerun tanah (T) dan 8 kegagalan jenis khas (TB) dengan 3 kegagalan cerun dikelaskan berisi padu besar (> 500 m3), 7 cerun berisi padu sederhana (50 - 500 m3) dan 2 kegagalan cerun berisi padu kecil (10 – 50 m3). Analisis kimia menunjukkan kandungan organik tanah (BOT) yang rendah hingga sederhana daripada 3.75%-7.23%, pH tanah dikelaskan sebagai berasid amat tinggi hingga beralkali rendah. Analisis XRD menunjukkan komposisi mineral lempung utama terdiri daripada kaolinit dan ilit dan beberapa mineral lain seperti montmorilonit, haloisit, dickit dan vermikulit. Komposisi mineral bukan lempung utama terdiri daripada kuarza dan muskovit. Hasil kajian menunjukkan wujud perkaitan signifikan antara sifat kimia dan mineralogi tanah daripada segi pertukaran unsur kimia, hubungan air liang dan kekuatan ikatan butiran tanah dalam pembentukan mineral lempung yang menggalakkan berlakunya kegagalan cerun. Oleh itu, pembinaan dan pengurusan kerja-kerja potongan cerun bukan sahaja mengambil kira aspek sifat fizikal dan kejuruteraan tanah malah sifat kimia tanah juga amat penting terutamanya yang melibatkan batuan yang terluluhawa supaya sebarang kegagalan yang melibatkan cerun potongan dapat ditangani sewajarnya.

Item Type:Article
Keywords:Kegagalan cerun; Luluhawa; Mineral lempung; Sifat kimia; Ranau-Tambunan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11100
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2017 00:12
Last Modified:18 Dec 2017 08:39

Repository Staff Only: item control page