Kesan penyimpanan sampel air liur terhadap kualiti DNA genom

Rohaya Megat Abdul Wahab, and Farah Amirah Mohd Nasri, and Intan Zarina Zainol Abidin, and Zaidah Zainal Ariffin, and Muhammad Dain Yazid, and Shahrul Hisham Zainal Ariffin, (2017) Kesan penyimpanan sampel air liur terhadap kualiti DNA genom. Sains Malaysiana, 46 (6). pp. 909-915. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
423kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil6_2...

Abstract

Air liur berpotensi menjadi punca DNA yang mudah diambil bagi kajian klinikal kerana tidak invasif berbanding sampel darah. Kajian ini dijalankan untuk memencilkan dan menulenkan DNA genom daripada sampel air liur manusia serta mengkaji kesan penyimpanan terhadap kualiti DNA genom. Sampel air liur (n=5) disimpan dalam penimbal Tris-NaCl EDTA (TNE) pada suhu bilik (25°C) mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu, segar (tanpa penyimpanan), 1, 2, 3 dan 4 bulan. Pemencilan dan penulenan DNA dilakukan menggunakan kaedah fenol-kloroform. Seterusnya, PCR telah dijalankan untuk mengetahui ketulenan DNA yang diekstrak menggunakan amplifikasi pada kawasan jujukan beta-globin dan mengenal pasti kehadiran bakteria melalui jujukan yang mengekod 16S rDNA. Keputusan menunjukkan fragmen DNA gen beta-globin manusia hanya berjaya diamplifikasi daripada sampel segar. Sampel air liur yang disimpan dalam penimbal TNE pada suhu bilik tidak mampu menstabilkan DNA genom manusia untuk jangka masa lama dan hanya berkesan untuk tempoh yang singkat iaitu, kurang daripada 1 bulan. Kesimpulannya, hanya sampel air liur segar sahaja yang berupaya memencil DNA genom.

Item Type:Article
Keywords:Ketulenan DNA; PCR; Penimbal TNE; Suhu bilik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11105
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2017 01:39
Last Modified:18 Dec 2017 08:47

Repository Staff Only: item control page