Penilaian kepekatan aktiviti radionuklid tabii 226Ra, 232Th dan 40K dalam makanan di kawasan tengah Malaysia

W. Priharti, and Supian Samat, (2017) Penilaian kepekatan aktiviti radionuklid tabii 226Ra, 232Th dan 40K dalam makanan di kawasan tengah Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (6). pp. 945-951. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil6_2...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 232Th dan 40K) dalam makanan asas, sayur-sayuran, buah-buahan dan lauk-pauk di kawasan tengah Malaysia. Kepekatan aktiviti purata (Bq/kg) diukur menggunakan spektrometer gama berketulenan tinggi (HPGe). Tiga radionuklid 226Ra, 232Th dan 40K masing-masing memberikan keputusan 0.64 ± 0.17, 1.23 ± 0.14 dan 96.61 ± 1.87 (bagi sampel makanan asas); 2.07 ± 0.31, 2.12 ± 0.24 dan 791.51 ± 3.66 (bagi sampel sayur-sayuran); 2.44 ± 0.34, 1.54 ± 0.25 dan 288.63 ± 2.83 (bagi sampel buah-buahan) dan 0.72 ± 0.25, 0.80 ± 0.25 dan 195.67 ± 2.54 (bagi sampel lauk-pauk). Keputusan kajian ini didapati berada di dalam julat keputusan kajian terdahulu sekaligus menunjukkan kepekatan aktiviti purata 226Ra, 232Th dan 40K berada pada aras yang selamat dan dapat diterima.

Item Type:Article
Keywords:HPGe; Kepekatan aktiviti; Makanan; Malaysia; Radionuklid semula jadi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11109
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2017 02:56
Last Modified:18 Dec 2017 08:51

Repository Staff Only: item control page