Pemodelan taburan kebarangkalian zarah terampai melampau di Lembah Klang

Muhammad Aslam Mohd Safari, and Wan Zawiah Wan Zin, (2017) Pemodelan taburan kebarangkalian zarah terampai melampau di Lembah Klang. Sains Malaysiana, 46 (6). pp. 989-999. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
920kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil6_2...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti model statistik terbaik bagi mewakili set data melampau untuk salah satu bahan pencemaran udara iaitu zarah terampai (PM10). Data dari enam buah stesen pengawasan kualiti udara di sekitar Lembah Klang dari tahun 2009 hingga 2011 digunakan dalam kajian ini. Dalam penentuan taburan terbaik, taburan parametrik dan taburan tak berparameter telah diuji. Dua siri data esktrim yang digunakan ialah siri data maksimum bulanan dan siri data melangkaui ambang bagi PM10. Seterusnya, dua taburan parametrik iaitu Taburan Melampau Teritlak (GEV) dan Taburan Pareto Teritlak (GPD) masing-masing dipadankan kepada siri data maksimum bulanan dan siri data melangkaui ambang. Kaedah penganggaran parameter L-momen dan ujian kebagusan penyuaian Anderson Darling digunakan dalam pemilihan taburan parametrik terbaik yang juga menentukan kaedah pemilihan data melampau yang mana lebih baik. Bagi kaedah tak berparameter, penganggaran fungsi ketumpatan kernel (KDE) digunakan untuk menentukan taburan terbaik PM10 melampau. Hasil pengiraan ralat min kuasa dua (MSE) mendapati taburan tak berparameter merupakan taburan terbaik bagi data melampau PM10 di kebanyakan stesen kajian. Taburan terbaik bagi setiap stesen kajian seterusnya digunakan bagi menghitung tempoh ulangan PM10 yang sangat berguna bagi pihak yang terbabit.

Item Type:Article
Keywords:Fungsi ketumpatan kernel; L-momen; PM10; Taburan Nilai Melampau Teritlak; Taburan pareto teritlak; Taburan tak berparameter; Ujian penyuaian Anderson Darling
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11114
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2017 03:41
Last Modified:18 Dec 2017 08:31

Repository Staff Only: item control page