Kim, S. Siow (2017) Pengelupasan grafit untuk mengkomersilkan teknologi grafin. Sains Malaysiana, 46 (7). pp. 1047-1059. ISSN 0126-6039
|
PDF
967kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil7_2...
Abstract
Kertas ini mengkaji teknologi pengelupasan untuk menghasilkan grafin, grafin oksida (GO) dan grafin oksida terturun (rGO). Empat teknologi pengelupasan yang utama dikenal pasti dalam tinjauan ini iaitu pengelupasan mekanik, pengelupasan cecair, interkalasi-pengelupasan dan pengoksidaan-pengelupasan-penurunan. Setiap teknologi ini dibincangkan daripada segi kualiti grafin, grafit nanoplat, GO dan rGO yang dihasilkan dan langkah utama proses termasuk bahan kimia yang digunakan. Kami juga membuat satu kajian kemudah-capaian dan analisis sensitiviti untuk menubuhkan satu kilang penghasilan grafin yang berasaskan teknologi pengelupasan, saiz pasaran grafin dan bahan mentahnya iaitu grafit. Berdasarkan kitar gemburan Gartner, teknologi dan produk yang berasaskan grafin terletak di tiga lokasi iaitu lembah kekecewaan, cerun pencerahan dan dataran tinggi produktiviti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Grafin; Grafin oksida terturun; Grafit; Pengelupasan; Interkalasi |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 11121 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Dec 2017 04:41 |
Last Modified: | 21 Dec 2017 04:15 |
Repository Staff Only: item control page