Analisis prestasi nutrien pengkomposan sisa industri sawit bagi skala industri dalam tempoh tiga tahun

Asis, T. and Zahrim, A.Y. and Asiss, K. (2017) Analisis prestasi nutrien pengkomposan sisa industri sawit bagi skala industri dalam tempoh tiga tahun. Sains Malaysiana, 46 (8). pp. 1201-1210. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil8_2...

Abstract

Pengkomposan tandan buah kosong (EFB) dan sisa efluen kilang (POME) merupakan pendekatan lestari bagi menukarkan EFB dan POME kepada baja kompos. Pengkomposan adalah satu proses biologi yang memerlukan pengawalan yang optimum agar nutrien yang terhasil adalah tinggi dan stabil. Cabaran utama yang dihadapi oleh industri kompos ialah untuk menghasilkan kompos yang bernutrien tinggi dan stabil. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis prestasi jangka panjang bagi loji kompos terpilih melalui kandungan nutrien kompos yang dihasilkan. Penyelidikan ini mengkaji prestasi tiga tahun bagi empat loji kompos di Malaysia iaitu loji kompos Merotai, loji kompos Binuang, loji kompos Tanah Merah dan loji kompos Elphil. Prestasi kandungan nutrien yang diambil kira termasuklah nitrogen, kalium, nisbah karbon kepada nitrogen, kandungan kelembapan dan agregat kompos. Sebanyak 1,465 set data nutrien dianalisis secara deskriptif. Secara keseluruhannya, prestasi kandungan nutrien kesemua loji kompos yang dikaji berjaya memenuhi keperluan minimum industri sawit. Namun terdapat kes kompos yang dihasilkan mengandungi nutrien kalium yang tidak mencapai keperluan minimum industri dan kandungan kelembapan kompos yang tinggi. Kesimpulannya, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam proses pengkomposan agar kompos yang dihasilkan mengandungi nutrien yang stabil dan memenuhi keperluan minimum industri.

Item Type:Article
Keywords:Kompos; Nutrien; Sisa efluen kilang; Tandan buah kosong
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11139
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2017 23:57
Last Modified:22 Dec 2017 08:31

Repository Staff Only: item control page