Penentuan kualiti air daripada sistem penuaian air hujan di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi

Nur Syarina Asman, and Azhar Abdul Halim, and Marlia Mohd Hanafiah, and Farah Diyana Ariffin, (2017) Penentuan kualiti air daripada sistem penuaian air hujan di Kolej Ungku Omar, UKM Bangi. Sains Malaysiana, 46 (8). pp. 1211-1219. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil8_2...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kualiti air hujan di dalam Sistem Penuaian Air Hujan iaitu MyRAWAS yang dibina di Kolej Kediaman Ungku Omar, UKM, Bangi. Parameter air hujan yang dikaji dibandingkan dengan Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan Piawai Kualiti Air Minum. Parameter yang diuji dalam analisis air hujan ialah suhu, pH, kekeruhan, jumlah pepejal terampai (TSS), oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), ammonia-nitrogen (NH3-N), Koliform Jumlah dan Escherichia coli. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua bacaan parameter mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan Piawai Air Minum Kebangsaan dengan purata nilai suhu, pH, kekeruhan, TSS, DO, BOD, COD dan NH3-N masing-masing berada pada julat 26.2°C-28.6°C, 6.18-6.36, 0.93-3.06 ntu, 1.0-4.6 mg/L, 6.21-8.29 mg/L, 0.21-0.43 mg/L, 3-7 mg/L dan 0.01-0.47 mg/L. Manakala bacaan Koliform Jumlah dan Escherichia coli berada di bawah had maksimum yang ditetapkan oleh Piawai Kualiti Air Minum. Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA), kualiti air hujan di kawasan kajian berada pada kelas IIA bagi titik persampelan T1 dan T2 dan berubah menjadi kelas I selepas menjalani kaedah rawatan penapisan iaitu pada titik persampelan T3. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa air tuaian hujan tersebut selamat untuk digunakan untuk aktiviti harian.

Item Type:Article
Keywords:Kolej kediaman; Kualiti air; Malaysia; MyRAWAS; Sistem penuaian air hujan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11140
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Dec 2017 00:03
Last Modified:22 Dec 2017 08:32

Repository Staff Only: item control page