Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja kakitangan Kolej Kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia

Zaizul Ab Rahman, and Qurratu Ain Rapihi, (2017) Hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja kakitangan Kolej Kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Hikmah, 9 (1). pp. 25-32. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
489kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kepuasan kerja yang tinggi dilihat berperanan besar dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan tahap keprofesionalisme pengetua kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia. Gaya kepimpinan pengetua kolej kediaman pula sering dikaitkan dengan kepuasan kerja kakitangan. Gaya kepimpinan yang berkesan seringkali dilihat menyumbang kepada tahap kepuasan kerja tinggi dan sebaliknya. Selari dengan itu, kertas kerja ini akan melihat hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja kakitangan. Kajian dijalankan ke atas sekumpulan kakitangan di Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek kepuasan kerja antara jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan gaya kepimpinan yang demokratik menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi manakala gaya kepimpinan autokratik dan laisse faire menyumbang kepada kepuasan kerja yang rendah. Kertas kerja ini akan juga membincangkan beberapa intervensi yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kepuasan kerja kepengetuaan dalam usaha memperkembangkan dan meningkatkan keprofesionalisme kepengetuaan di kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan; Pengetua; Kepuasan kerja; Kakitangan; Kolej kediaman; Universiti Kebangsaan Malaysia
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11188
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 01:07
Last Modified:09 Jan 2018 10:39

Repository Staff Only: item control page