Kesan filem seram terhadap pegangan agama: suatu tinjauan literatur

Siti Aisyah Hadi Munir @ A. Hadi, and Muhammad Faisal Asha'ari, (2017) Kesan filem seram terhadap pegangan agama: suatu tinjauan literatur. Al-Hikmah, 9 (1). pp. 33-48. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
366kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kebelakangan ini penayangan filem bergenre seram samada hasil terbitan dalam mahupun luar negara semakin meluas dan dikhuatiri berupaya menjejaskan akidah masyarakat. Data yang telah dikeluarkan oleh FINAS menunjukkan sepanjang tahun 2003 sehingga kini sebanyak lebih kurang 126 buah filem seram telah ditayangkan di seluruh negara. Lambakan filem bergenre seperti ini menunjukkan ianya semakin diterima oleh masyarakat setempat. Namun, lambakan filem ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah kerana sesebuah filem mungkin sahaja menayangkan visual yang tidak benar mahupun membesar-besarkan perkara yang kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pandangan yang salah ini bukan sahaja menaikkan emosi tetapi akan memberikan persepsi yang salah terhadap agama. Artikel ini akan membincangkan dapatan daripada sorotan kajian tentang hubungan antara penontonan filem seram dengan penjejasan akidah. Sorotan mendapati bahawa terdapat lima elemen yang boleh menyebabkan seseorang itu dipengaruhi oleh media iaitu peringkat umur, tahap pendidikan/level IQ yang rendah, kekerapan masa menonton, daya tarikan oleh media dan tahap pegangan agama yang rendah. Elemen-elemen ini perlu diuji untuk melihat keabsahannya terhadap kesan filem bergenre seram.

Item Type:Article
Keywords:Filem seram; Akidah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11189
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 01:12
Last Modified:09 Jan 2018 10:40

Repository Staff Only: item control page