Abdul Wahab Md. Ali, (2017) Analisis terhadap tahap-tahap ketagihan menurut teori al-‘Ishq Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Hikmah, 9 (1). pp. 49-59. ISSN 1985--6822
|
PDF
576kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Ketagihan merupakan satu penyakit minda yang mempunyai tahap-tahap ketegarannya yang tersendiri. Ini merujuk kepada realiti kerinduan seseorang terhadap sesuatu itu berbeza-beza dan mempunyai simptom yang berlainan. Para sarjana Islam turut membuat penelitian terhadap aspek kerinduan kepada sesuatu dalam karya-karya mereka. Antaranya tokoh ilmuan Islam yang terkenal, Ibnu Qayyim al-Jawziyyah yang memperincikan hal ini dalam konsep atau teori al-‘Ishq di dalam beberapa kitabnya. Kajian ini akan menganalisis tahap-tahap ketagihan berdasarkan teori al-‘Ishq oleh Ibnu Qayyim. Kajian ini menggunakan metod induktif, deduktif, serta komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang sangat rapat di antara teori al-‘Ishq dan ketagihan dari sudut definisi dan peringkat-peringkatnya. Justeru, pendekatan terapi al-‘Ishq yang dicadangkan oleh Ibn Qayyim berdasarkan tahap-tahap keasyikan boleh diterokai sebagai suatu input dalam mengemukakan langkah-langkah pemulihan terhadap sebarang isu yang melibatkan ketagihan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ketagihan; Pemulihan; Kerinduan; Teori al-‘Ishq; Ibn Qayyim Al-Jawziyyah |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 11190 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jan 2018 01:16 |
Last Modified: | 09 Jan 2018 10:42 |
Repository Staff Only: item control page