Gerimis: penggunaan filem Tan Sri P. Ramlee sebagai kajian kes dalam kursus komunikasi antara budaya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Selvarani P. Kovil Pillai, (2017) Gerimis: penggunaan filem Tan Sri P. Ramlee sebagai kajian kes dalam kursus komunikasi antara budaya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Al-Hikmah, 9 (1). pp. 128-140. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan menjadi pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Penubuhan universiti adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah agama. Namun cabaran utama pelajar universiti ini ialah dari segi komunikasi antara budaya. Hampir semua pelajar tempatan adalah merupakan anak-anak yang berkelulusan dari sekolah agama dan oleh yang demikian komunikasi mereka dengan pelajar-pelajar yang bukan Islam agak terbatas. Maka, perlunya satu kaedah di mana pelajar-pelajar ini perlu diberi pendedahan mengenai komunikasi antara budaya. Maka satu kaedah yang akan digunakan adalah merupakan penggunaan filem sebagai kajian kes untuk mempelajari model dan konsep komunikasi antara budaya. Sungguhpun banyak filem Melayu yang ditayangkan namun filem-filem Tan Sri P. Ramlee masih diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Filem yang akan dijadikan kajian kes adalah Gerimis. Ceritanya mengupas isu perpaduan dan perkahwinan campur dengan berkesan. Filem ini akan dianalisa mengikut Teori Akulturasi dan Dekulturasi oleh Kim (2008) serta dikaji mengikut empat fungsi filem yang digariskan oleh Champoux (1999), iaitu sebagai pengalaman kepada penonton, sebagai kes untuk dianalisa, sebagai pengertian kepada teori dan konsep dan akhir sekali sebagai metafora untuk membentuk imej-imej metaphorical tentang konsep abstrak dalam komunikasi antara budaya.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi; Antarabudaya; Filem; Akulturasi; Dekulturasi
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11194
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 01:33
Last Modified:13 Jan 2018 01:07

Repository Staff Only: item control page