Sumbangan Shaykh Muim Al-Wahhab dalam bidang politik di Besilam Langkat

Zikmal Fuad, and Abdul Ghafar Don, (2017) Sumbangan Shaykh Muim Al-Wahhab dalam bidang politik di Besilam Langkat. Al-Hikmah, 9 (1). pp. 159-172. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
551kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Shaykh Muim merupakan salah seorang ulama yang terkenal dan disegani di Besilam Langkat. Beliau banyak menyumbangkan jasa bakti dalam bidang dakwah dan politik. Kajian ini bertujuan untuk melihat sumbangan dan peranan Shaykh Muim dalam bidang politik di kalangan masyarakat Besilam Langkat. Pemilihan terhadap kajian ini untuk dianalisa dan melihat kepada kepentingan politik dalam konteks dakwah masa kini. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis dokumen, manakala kajian lapangan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual dengan responden yang terdiri dari pelbagai golongan dan latar belakang. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa Shaykh Muim mempunyai banyak keistimewaan seperti idea, metode dakwah dan karya tulis. Kajian ini juga mendapati adanya sumbangan Shaykh Muim dalam bidang politik di kalangan masyarakat Besilam Langkat. Kesimpulannya, sumbangan Shaykh Muim dalam bidang politik dapat dijadikan garis panduan untuk dikembangkan sehingga dakwah hadir dalam format yang multidimensi.

Item Type:Article
Keywords:Shaykh Muim; Politik; Keistimewaan; Besilam Langkat
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11196
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 01:42
Last Modified:13 Jan 2018 01:13

Repository Staff Only: item control page