Hidup berkeluarga melalui didikan amalan Q-Rohani (afektif): satu pendekatan Fuzzy Delphi

Zaharah Hussin, and Ahmad Arifin Sapar, and Saedah Siraj, and Mohd Ridhuan Mohd Jamil, and Abdul Muqsith Ahmad, and Nurul Rabihah Mat Noh, (2017) Hidup berkeluarga melalui didikan amalan Q-Rohani (afektif): satu pendekatan Fuzzy Delphi. Al-Hikmah, 9 (2). pp. 16-31. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
735kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Pelbagai pendekatan telah digunakan dalam membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan salah satunya adalah pendekatan kerohanian. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen Q-Rohani berdasarkan kesepakatan pakar dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang sejahtera. Pakar-pakar kajian terdiri daripada 12 orang pakar yang dipilih berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang kekeluargaan, kaunseling dan nilai. Selain itu, pakar yang dipilih juga terdiri dari mereka yang mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang masing-masing. Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi dalam menganalisa data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen Q-Rohani diterima kecuali elemen mengurangkan atau mengelakkan mendengar lagu-lagu. Elemen ini ditolak apabila peratusan persetujuan kumpulan pakar adalah kurang 75%, dan nilai ambang (threshold value, d) melebihi daripada 0.2. Elemen menanam rasa kasih sayang sesama keluarga dan mukmin menjadi keutamaan dalam pembentukan keluarga sejahtera dan ia merupakan elemen terpenting dalam melahirkan insan yang bersifat pengasih dan disukai Allah. Elemen utama tersebut berserta sub elemen digunakan bagi menghasilkan kerangka keutamaan elemen-elemen Q-Rohani (afektif) dalam hidup berkeluarga.

Item Type:Article
Keywords:Keluarga; Fuzzy Delphi; Q-Rohani; Pendidikan & Afektif
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11199
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 03:40
Last Modified:13 Jan 2018 02:48

Repository Staff Only: item control page